Wednesday, July 9, 2008

Gunung Tahan : Reconnaissance

Adapun pada 3-7 Julai 2008 lepas, satu misi tinjau telah dijalankan di Gunung Tahan. Pada ketinggian 7175 kaki, pendakian ke puncak Tahan ternyata sangatlaaaa mencabar. Trek tinjauan adalah melalui trek paling mudah - Merapoh-Puncak Tahan-Merapoh yang mengambil masa kurang lebih 4 hari dan 3 malam.

Lokasi: Gunung Tahan (7175ft)
Trek: Merapoh-Puncak Tahan-Merapoh
Jangkamasa: 4 hari 3 malam
Tahap kesukaran: Boleh tahan susah...

First day, registration at opis Taman Negara Sg Relau, Merapoh, Pahang. Registration mula pukul 9AM. Macam-macam payment... entrance, berkhemah, guide... Punya la lama tunggu nak settlekan semua receipts. Finally, lepas 30 minit camtu, selesai sudah semua payments. Masa untuk tukar pakaian trekking -- dan jugak check barang-barang.
Letak je semua barang-barang tu, kemas kemudian...
Rerupanya, semua barang yang nak bawak masuk kena declare - baper plastik, botol, tin, baju, - nak make sure takde barang tinggal dalam hutan bila balik nanti. Perghh... bleh tahan lama jugak la nak wat declaration barang-barang ni, maunya tak, tiap-tiap menda kena kira, recorded pastu signed. Selesai semua, repacking balik (hampeh - melampau malas nak packing balik), then tunggu 4 wheel untuk bawak kitorang masuk ke Kuala Juram - hiking starting point. 4 wheel sampai kurang lebih pukul 10AM, perjalanan ke Kuala Juram dalam 30 minit....
Amik gambar la dulu...
Memandangkan hari yang pertama, dan masih banyak tenaga lagi, semua pun menjalankan sesi bergambar di sekitar Kuala Juram. Menarik jugak kat sini, sebenarnya tempat sanctuary ikan kelah, diorang bagi makan ikan kelah pakai tangan je-- macam nak tangkap bawak balik je ikan-ikan nih... wahahaha... >:)


Dalam kul 11AM, kitorang mula trekking. Guide dah inform awal-awal...
Nanti kita rentas 4 sungai
Hmm... bersedialah untuk basahkan kasut. Sungai pertama, bukak kasut, bukak stokin. Sungai kedua, bukak kasut -- stokin dah tak pakai dah time nih. :P. Sungai-sungai seterusnya... basah pun basah laaaa.....
Ini checkpoint nombor satu...
Dalam pukul 12PM, kitorang selamat sampai ke checkpoint pertama - Kuala Luis, 5km dari Kuala Juram. Break untuk 5 - 10 minit camtu, lepas tu bertolak ke checkpoint kedua - Lata Luis, 6km dari Kuala Luis. Kemudian terus ke Kem Kor -- kawasan base camp untuk naik Gunung Tahan. On the way ke Kem Kor, lalu satu kawasan air terjun... perghh... mmg cantik. :D Sempat la amik beberapa shots kat situ...
Pandangan dari bawah tingkat satu air terjun...
3:15PM. Lepas trekking beberapa jam, maka kitorang pun tiba di Kem Kor. Ada ramai orang gak time tu. Satu team dari Politeknik yang dah pun ada kat situ semenjak 1 Julai. Ada dlm 40+ staffs & students Politeknik ada kat situ. Jadi... kitorang pun carilah tempat-tempat kosong untuk mendirikan khemah... Langit dah mendung, guruh dah berbunyi... Sesempat je pasang khemah, unpack barang... hujan mencurah turun... fuuuuhhh... nasib..nasib... kalau tak mau tido dalam kolam malam ni.. heh.. heh...
Breakfast: Day 2
Day 2. Rise and shine. Makan breakfast, repack barang and mula trekking jam 9AM. Semalam hujan tahap lebat gaban. Sangatlaaaah lebat. Tapi hari ni nampaknya cuaca cerah. Lepas trekking sejauh 2.5km dari Kem Kor, kitorang tiba di Permatang dalam pukul 9:45AM. Penat.. penat.. trek lagi susah dari semalam... tapi layan je laah...
Berhenti sekejap, amik oksigen, pastu mula trekking balik. Next stop, Kem Kubang, 3.5km lagi... Dah berpeluh berapa baldi pun tak tau. :P. Beberapa jam dan beberapa km kemudian... kitorang reached Kem Kubang. Memandangkan dah banyak sangat amik gambar signboard, jadi kitorang pun amik keputusan untuk bergambar sekali dengan signboard
Bergambar dengan signboard
Rasanya signboard ni antara benda yang paling glamer skali kat sini, sbb dah tentu semua orang yang datang sini nak bergambar dengan dia. :P. Aduuih... kaki dah melecet.. padan muka tak pakai socks. Anyway, perjalanan diteruskan ke checkpoint seterusnya, Belumut, yang jugak merupakan hentian untuk makan tengahari -- 1.5km lagi.......... dan pada jam 12:30PM, kitorang selamat tiba di Belumut. Unpacked, masak, makan. Kitorang mula hiking balik dalam jam 1:30PM, menuju ke checkpoint seterusnya -- Bonsai, 5.5km dari Belumut. Pemandangan dari Belumut ke Bonsai dah mula bertambah lawa.... sempat jugak la snap gambar kaaannnn... :)
Bergambar jap...
Sepanjang perjalanan tu mmg tak sudah la amik gambar... nasib la battery dah nak abis.. kalau tak dah berjuta gambar dah ni.. he.. heh... 2 jam 45 minit dari Belumut, kitorang selamat sampai ke checkpoint Bonsai. Yup, dah tentu la amik gambar lagikan... rugi la tak amik. Kitorang break 10 -15 minit, dan mula hiking semula untuk ke checkpoint seterusnya - Bukit Botak...
Pemandangan dalam perjalanan ke Bukit Botak
Laluan ke Bukit Botak bercampur-campur... lumpur, selut, batu, permatang... haihhh... tapi pemandangan.... SUPERB! Wahahaha... terubat la rasa penat tu kan..kan..kan... By around 6PM, kitorang tiba kat Bukit Botak. Dan seperti biasa, bergambar dengan signboard yang sangat terkenal....
Bukit Botak...
Gunung Tahan is only 2.5km away... Jadi kitorang pun decided untuk teruskan perjalanan lepas berehat dlm 30 minit camtu... Dan.... kitorang berpeluang tengok sunset kat puncak Gunung Tahan... rezeki!!! Wuhuuu!!!!
Bukan senang nak dapat tengok sunset kat sini...
Finally, dalam pukul 7:35PM, kitorang sampai di Puncak Gunung Tahan. Just in time. Tak terlalu lewat sangat... Letih..letih... khemah tak pasang lagi... Temperature dah drop ni... Tapi... amik gambar la dulu weh.... heh... heh....

Day 3. Battery camera dah nak abis. Penat lagi. Nak balik la pulak. :D Takkan nak stay kat sini lak... he.. heh... Dengan suara ramai... kitorang decide untuk terus ke Kuala Juram dan tak stay at Kem Kor. Hiking mula jam 9:30AM dan sampai ke Belumut jam 12:30PM. Stop lunch and terus hiking lagi. We had very few stops compared dengan ascending trip, and stops pun pendek je... amik oksigen, pastu jalan. By 7:15PM kitorang tiba kat Kuala Luis, checkpoint 1. Akhirnya selamat tiba di Kuala Juram pukul 8:50PM..... Time ni, semua pun dah mmg penat tahap gaban, tapi selesa sbb dah selamat sampai... Semua orang membersihkan diri, rehat, uruskan perkara-perkara berwajib... dan tidooo...

Monday, April 21, 2008

XPDC Gunung Angsi..Seronot sangatt.!!

After beberapa kali kitorang melakukan sesi meeting untuk menbincangkan hal dan periahal XPDC angsi..akhirnye pada 11/04/2008 arie tue kitorang p ar dengan bantuan bas sekolah yg amat stylo ke Seremban-Ulu bendul...dalam
perjalanan tue kitorang berhenti seketika bersama-sama kit-kat..(walaupon time tue xde pon kit-kat di tangan..) untuk solat maghrib bagi menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah..champing2 gak..tapi solat fardu tidak dilupakan..ceewahh..hihihi Alhamdulillah kitorang sume sampai kat sane dengan selamat walaupon masa sham baca doa' arie tue macam die baca doa' untuk keselamatan diri sendiri jerk..(sham, lenkali baca tue biaq terang yer..hehe)

Sesampainye kitorang kat ulu bendul tue, pak cik driver yang agak stylo ader ar bagitau katne nak makan n ciket2 pengetahuan am dan khusus yang agak membantu kami yang xkurang stylonye..tp ader yang agak kurang stylo ar pasal cadangan pak cik tue..ader ker pak cik tue kate camni..

kalo nak makan nanti, kat situ ader kedai makan..(sambil jari telunjuknye menuding ke arah sebuah kedai makan yang agak stylo..siap ader karaoke tue..wahh tekejut gak rasenye beruk2 di utan dengar suara2 sumbang insan2 yang menyumbangkan suara mereka di situ..)

Walaupun cadangan tue agak bernas, tp, alaaa pak cik kitorang tengah champing..xROCK ar p makan kat kedai..emmm baik dok umah p makan kat bidara..lagi beshh..hihihi lepas barang2 sume diangkat dari perut bas yang stylo tue, sir suhaizal pon bagi ar ciket briefing (ala2 tazkirah gak ar) lepas tue kitorang pon mengisi perut dgn makan makanan yg xde ar mewah mane..(kalo group kitorang, juz makan macaroni cheese bakar jerk..resepi turun temurun mardiana dan mayna...hihihi opppss ter'interframe' lebih plak..) Lepas bercandi canda selama agak2 1/2 jam..kitorang pon gerak ar untuk memacak khemah secara bergotong royong kat tempat yg dipikirkan agak strategik dan stylo..

Malam 1st tue xde ar aktiviti yg keterlaluan yang perlu dilakukan..so kitorang juz me'rest'kan diri setelah penat berjalan jauh..(padahal kitorang juz duduk jerk dalam bus tue..bukannye berjalan ke ulu bendul pon...) tp xpe, kitorang berehat gak dengan tido dalam khemah masing2..malam tue, budak2 laki yang ditugaskan menjaga kaum wanita asia seperti kami nie pon menjalankan tugas mereka dengan sebaiknye sambil menukar2 cerita time diorang sekolah dulu..(cewah ayat skema giles.!) agak bising gak ar diorang malam tue...dan agak mengganggu tahap kemantiqan wanita2 asia seperi kami nie untuk tido...tapi xpe, janji diorang berjaga..hehehe


Pagi tue, dalam kol 6, kitorang dah kene bangun untuk sediakan breakfast dan makanan tengah arie, sebabnye kitorang akan lunch kat atas gunung..dan seperti biase, wanita2 asia seperti kami ar yang kene buat aktiviti2 yang mencabar tue..

xpe2 sebagai seorang wanita asia..!!sebagai seorang wanita asia yang mementingkan ke'asia'an mereka..!!kitorang buat gak aktiviti mencabar tue...(cara membacanya iras2 nabil raja lawak musim ke-2 nye cara)


Wanita yang kononnye asia..hahaha

Schedulenye, kitorang kene gerak menuju puncak pukul 8..tapi biase ar kan..sume yang mengikuti champing nie adalah melayu..so terlambat ar ciket kitorang gerak..dalam kol 8.33 kot baru kitorang gerak..xpe2, kitorang still meneruskan perjalanan..xkesah2..setelah kurang lebih 3 jam 45 minit merayau-rayau dalam hutan sambil BERGAMBAR (nie benda yg paling penting dan wajib dilakukan dalam perjalanan..hihi), bergurau2 senda serta melalui jalan2 yang agak merbahaya, dangerwous la gak untuk sampai ke puncak..(waaa serius penat.!!) dan selepas melaui ranjau yg penuh berliku tue sume..sampaila kami di atas puncak yang amat indah lagi emmm xde ar permai sangat sebab ramai orang kat puncak masa kitorang sampai..ceh.! terase diri ini kurang gagah..=(


Masa kat puncak tue, macam biase ar kan ativiti wajib untuk kami semua, i.e. mengambil gambo sebagai kenang kenangan (ala2 kenangan terindah oleh kumpulan Samsons ar gak..hihihi) waaa menarik sangat.!! =D yang paling seronott gilers tue bile dapat makan tembikai atas pucak...hahaha sir suhaizal ngan nuar pakat bawak tembikai naik atas..waa gagah gilers.! bukan sebijik, malahan 2 bijik tembikai.!! waaa bahagia sekejapan..hihihihi


Malam tue aktiviti kemuncak dilakukan...kitorang sume berBBQ sambil melakukan aktiviti sampingan seperti berbual-bual senda dilakukan...waaa besh2.!!ader ar ayam yang dah direndam dengan sos BBQ, mash mellow yang dibawa oleh group sham dan sosej yang menjadi santapan jasmani kitorang..sedapp ayam tue...time kaseh korang yang buat ayam yang amat sedap tue..!!lenkali boleh buat lagi..hehe

The next day, before balik kitorang melakukan aktivi rutin iaitu mandi, tapi ari tue bukan aktiviti rutin kitorang, sebab kitorang mandi kat sungai..selalu kitorang mandi dlm bilik air..ishh rugi kalo xmandi.!!bukan selalu dapat p ulu bendul...tanpa melengahkan masa kitorang (bermaksud pompuan jerk yer..lelakis2 malaya tue sume..no comment.!xtengok lak diorang melengahkan masa ke xmasa nak mandi dalam sungai tue..) berendam dalam sungai tue selama yang termampu...bile rase2 dah xmampu lagi dok dalam air tue baru ar kitorang naik..hahaha

Proses pembayaran hutang piutang
After aktiviti rendam merendam dilakukan, dalam kol 12 tue kitorang lunch dengan memasak ape yang boleh dimasak untuk mengalas perut..perjalanan jauh tue, ulu bendul-sunway...wajib makan.! lepas tue, kitorang kemas barang2 dan khemah untuk balik ke sunway..alhamdulillah kitorang sampai sunway dengan selamat tanpa ader orang yang tertinggal kat utan ataupun puncak angsi mahupun orang yang terlebih masa sampai kat sunway...=)




sesampainye kat sunway college, aktiviti wajib dilakukan lagi..haha






- THE END -


# XPDC angsi maybe membawa kpd keinsafan pd certain org..contohnye... :-S

Tuesday, April 8, 2008

XPDC Angsi 2008 - Meeting Updates [2008-04-08]


Dah abis ke belum ni?

Sesampai je kat G8, more than 2/3 team members dah ada kat situ, disebabkan kelambatan, diorang dah pun mula dulu. Halfway dah pun, jadi semua orang decided untuk habiskan all unfinished items sebelum diriku ini masuk campur. He.. heh...
Rizal tekun menconteng whiteboard & Anwar posing untuk kamera

Maka... perbincangan pun diteruskan oleh Anwar dan Rizal. Isu yang diperbincangkan adapun merangkumi kisah perjalanan dengan bas, khemah, bbq dan jugak cost recalculation... Options untuk naik bas ada 3: (1) pegi naik bas, (2) balik naik bas (3) pegi & balik naik bas. Setelah diperkenankan oleh ahli-ahli majlis, semua pun sebulat suara untuk menjadi manja dan memilih option 3 -- pegi & balik naik bas. Kos untuk bas dah jadi RM1000/=.
Sebenarnya BBQ kitorang plan untuk group kitorang je...

Dengan bangga Alip bagi proposal team dia bila tanya pasal BBQ. Lerhh... rupanya... itu ke citer BBQ itu ari -- selfish laa Aleph... Tapi, sbb semua orang dah setuju, maka BBQ jadi part of official program. Secara sukarela juga group Alip mengambil-alih tugasan berkaitan penyediaan ayam untuk BBQ.
Budget untuk ayam kemudian diproposekan oleh Syam (AJK makanan seumur hidup) bernilai RM100/=.
Tekun dengar pembahagian tugas... ke posing je tuh?

Lepas main issue dah selesai, setiap group amik mess tin & jugak stove sebagai sebahagian dari peralatan memasak. Tabung gas CV470 belum siap refill lagi, Rabu (09/04/2008) baru siap. Jadi, kemungkinan besar akan dibahagikan ari Jumaat. Total cost untuk refill gas RM80/=, tapi sebab dah budget awal, so cost dah absorb dari collection awal ari tuh. Masa tu jugak, semua orang diingatkan untuk tengok senarai semak peralatan yang dah di email kan kepada wakil group memasing... Jangan lupa bawak lampu suluh.. kot malam kang camner nak bergerak kat campsite nantih.. :-D Jangan bawak bateri tak bawak lampu suluh, or bawak lampu suluh tak bawak bateri -- serupa tak payah bawak... He... heh...
Tahun 2005 dah expired nih...

Huk aloh... konpem takde orang penah check menda nih. Mardiana dengan senyum perlinya tunjuk expiry date Dettol antiseptic (bukan brand sebenar), kat kitorang masa dia dapat bekas First Aid lama. Nampak gayanya banyak gak kena refill baru nih... Takkan nak bawak First Aid expired lak gi sana nanti.

Jadi costing sekarang adalah camni...:
Bas: RM1000
BBQ: RM121

Dan telahpun dipersetujui untuk buat RM35/= collection per person untuk cover budget ni. Balance dari budget ni di preparekan untuk perbelanjaan luar jangkaan, just in case. Dan update terbaru berkaitan tugasan dan jugak bas:
Waktu bertolak: 1800hrs
Tugasan kumpulan:
Khemah - Group Hanumichiru
Ayam BBQ - Group Aleph
Arang BBQ - Group Azimah
Peralatan BBQ - Group Rizal
Sentri - Semua jejaka yang hero

Err...ada apa-apa lagi yang kekurangan ke kat sini? Tolong komen/tambah ek...

Ouh... BTW, 08/04/2008 tadi adalah hari lahir Mayna... Happy Besday Mayna!!!
Besday girl dengan camera lady -- Happy Birthday Mayna!

Sunday, April 6, 2008

XPDC Angsi 2008 Updates

"Kitorang tengah praktis dikir barat ni, nak duit tu sekarang ke?"

Jawapan dari Bendahari bila buat permohonan untuk withdraw duit untuk payment permit dan jugak tapak khemah. Padanla lambat nau angkat phone, dah tu penuh dengan bunyi-bunyian.. He.. heh... Itula diorang ni, rajin betul, semua benda pun join. Kira tahap dasat gak la. :-D.

Miss Secretary says "...and I wish for world peace..."

Since diorang tengah praktis dikir barat, maka, keputusan dibuat untuk jumpa Bendahari untuk amik duit tu around 9:30PM -- patutnya dah abis la kan praktis.. Tapi, sedia maklumlah diorang ni memang hardworking, jadik masa tu lum abis lagi praktis... Bendahari walaubagaimanapun terus gak pegi amik duit, maka terpaksa la diriku ini menunggu sebuah jawapan.. Dan sesambil tu, snap sepicture dua gambar diorang praktis... :)

"Ini dua ratus hinggit..."
The mischievous looking Bendahari melambai-lambaikan duit setibanya balik dari bilik hostel dia.. Yup, RM200... Memula ingatkan dah cukup.. skali short daa... Well, here are the costing for now, sebagai reference pada orang lain yang nak wat similar aktiviti kat tempat ni...

Lokasi:
Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Permit Mendaki Gunung Angsi:
RM5/person -- kami ada 38, maka RM5x38 = RM190

Tapak khemah:
RM10/night/lot -- kami amik 1 lot for 2 nights, RM10x2 = RM20

Tempoh Pembayaran:
1 minggu sebelum aktiviti

Bayar kepada (kitorang wat wang pos) :
Bendahari Negeri, Negeri Sembilan

Surat Menyurat:
Pegawai Hutan Daerah,
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan (Timur)
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
TEL: 06 4811 036
FAX: 06 4842 171

Wang pos dan surat kebenaran ke Pegawai Hutan Daerah dah selamat diposkan dengan pos express (Terima kasih Pos Malaysia). Untuk confirmation, semua orang boleh semak dari website pos malaysia (www.pos.com.my), Click link "Track & Trace", masukkan no siri ni: LX374175740MY

Tracing ni hanya valid untuk 10 hari dari tarikh posting ni, lepas tu pos malaysia delete (kalau ikut polisi yang tertulis la kan).

Iklan keselamatan..., walaupun ada kamera di tempat anda, anda dinasihatkan untuk memerhatikan arah tuju anda. Jangan seperti Cik Intan (bukan nama sebenar) yang terlalu asyik bergambar sampai tak perasan pintu. :-)

Mujur tak cedera parah... tapi sakit gak laa...


Ouh.. Terima kasih Nia, secretary ad-hoc untuk aktiviti for the letters, Hanum for the senarai nama confirmation, Anwar for the sponsorship of sampul pos express, Alain untuk info pasal bas -- tolong discuss aaaa..


Baik, bersiap-sedialah! Mari kita!

Thursday, March 13, 2008

KEnduri Kahwin Kak Affiza




Sesiapa yg kenal mahupun tidak kak Affiza (1st bach dlm sahabat society) nie dah kawin sehari selepas pilihanraya arie tue...hehehehe iaitu bersamaan 9hb april 2008....warne tema ari tue ialah gold..ceewahhh...nak nampak grand la tue..dah kawin dah akak nie..so sesiape yg dulunye memendam perasaan terhadap akak nie..harap maklum yerk dah jadi hak milik kekal org lain...hehehehe cerita disebalik percintaan akak nie..maaflah 'Terjah' xtanya lak..hehehe malas nak kecoh2 tanya nanti orang kate 'Terjah' suka jaga tepi anak jari org pulak...but whatever pon...




KAK AFFIZA SELAMAT KAHWIN.!!
MOGA BERKEKALAN HINGGA KE LIANG LAHAT..(boleh ke ayat nie.???hentam sajalah..)



kami bersame pengantin...OPppss jangan jelez.!!

Pra-hiking ke Gunung Angsi


Kami yg tengah berbincang pasal kos+perjalanan+makanan(penting nie..)+insan2 yg nak p hiking bersama














Wanita2 gagah yg sedang berpura2 tunjuk muka ayu..otai sebenarnye diorang nie..!!!






Hallu2.!!penyertaan untuk p mendaki gunung angsi yg amat mencabar nie sebenarnye belum ditutup..tapi disebabkan kitorang sume mementingkan privacy yg terlampau..so..penyertaan ditutup sikalang.!!hahaha kepada sesiape yg berniat nak ikut tue..harap maklum kesulitan amat dikesali..haha Insyaallah kitorang akan p 11 april 2008 nie..gunung angsi tue kat negeri sembilan n kitorang y dikenali sebagai indie group akan pegi ke sane menaiki KTM, bus, dan kaki...huhuhu BEST GILES.!!!jumpe kat sane.!!!

Dikir Barat BESH




Selepas berdikir barat kat Simposium Kekeluargaan Sunway I - Cinta Sebelum Kahwin













Pendikir Barat with japan students





ini gambo kami (alumni+junior) yg giat dalam aksi2 terlampau masa berdikir..wawawawa nie the latest activity yg sahabat society buat..masuk paper tau kitorangnye dikir barat..opppss.!!jangan jelez.!!
















wanita2 dah lelaki2 gagah yg akan mempersembahkan dikir terlampau diorang..!!saksika nlah ..!!!aksi melampau..