Wednesday, July 9, 2008

Gunung Tahan : Reconnaissance

Adapun pada 3-7 Julai 2008 lepas, satu misi tinjau telah dijalankan di Gunung Tahan. Pada ketinggian 7175 kaki, pendakian ke puncak Tahan ternyata sangatlaaaa mencabar. Trek tinjauan adalah melalui trek paling mudah - Merapoh-Puncak Tahan-Merapoh yang mengambil masa kurang lebih 4 hari dan 3 malam.

Lokasi: Gunung Tahan (7175ft)
Trek: Merapoh-Puncak Tahan-Merapoh
Jangkamasa: 4 hari 3 malam
Tahap kesukaran: Boleh tahan susah...

First day, registration at opis Taman Negara Sg Relau, Merapoh, Pahang. Registration mula pukul 9AM. Macam-macam payment... entrance, berkhemah, guide... Punya la lama tunggu nak settlekan semua receipts. Finally, lepas 30 minit camtu, selesai sudah semua payments. Masa untuk tukar pakaian trekking -- dan jugak check barang-barang.
Letak je semua barang-barang tu, kemas kemudian...
Rerupanya, semua barang yang nak bawak masuk kena declare - baper plastik, botol, tin, baju, - nak make sure takde barang tinggal dalam hutan bila balik nanti. Perghh... bleh tahan lama jugak la nak wat declaration barang-barang ni, maunya tak, tiap-tiap menda kena kira, recorded pastu signed. Selesai semua, repacking balik (hampeh - melampau malas nak packing balik), then tunggu 4 wheel untuk bawak kitorang masuk ke Kuala Juram - hiking starting point. 4 wheel sampai kurang lebih pukul 10AM, perjalanan ke Kuala Juram dalam 30 minit....
Amik gambar la dulu...
Memandangkan hari yang pertama, dan masih banyak tenaga lagi, semua pun menjalankan sesi bergambar di sekitar Kuala Juram. Menarik jugak kat sini, sebenarnya tempat sanctuary ikan kelah, diorang bagi makan ikan kelah pakai tangan je-- macam nak tangkap bawak balik je ikan-ikan nih... wahahaha... >:)


Dalam kul 11AM, kitorang mula trekking. Guide dah inform awal-awal...
Nanti kita rentas 4 sungai
Hmm... bersedialah untuk basahkan kasut. Sungai pertama, bukak kasut, bukak stokin. Sungai kedua, bukak kasut -- stokin dah tak pakai dah time nih. :P. Sungai-sungai seterusnya... basah pun basah laaaa.....
Ini checkpoint nombor satu...
Dalam pukul 12PM, kitorang selamat sampai ke checkpoint pertama - Kuala Luis, 5km dari Kuala Juram. Break untuk 5 - 10 minit camtu, lepas tu bertolak ke checkpoint kedua - Lata Luis, 6km dari Kuala Luis. Kemudian terus ke Kem Kor -- kawasan base camp untuk naik Gunung Tahan. On the way ke Kem Kor, lalu satu kawasan air terjun... perghh... mmg cantik. :D Sempat la amik beberapa shots kat situ...
Pandangan dari bawah tingkat satu air terjun...
3:15PM. Lepas trekking beberapa jam, maka kitorang pun tiba di Kem Kor. Ada ramai orang gak time tu. Satu team dari Politeknik yang dah pun ada kat situ semenjak 1 Julai. Ada dlm 40+ staffs & students Politeknik ada kat situ. Jadi... kitorang pun carilah tempat-tempat kosong untuk mendirikan khemah... Langit dah mendung, guruh dah berbunyi... Sesempat je pasang khemah, unpack barang... hujan mencurah turun... fuuuuhhh... nasib..nasib... kalau tak mau tido dalam kolam malam ni.. heh.. heh...
Breakfast: Day 2
Day 2. Rise and shine. Makan breakfast, repack barang and mula trekking jam 9AM. Semalam hujan tahap lebat gaban. Sangatlaaaah lebat. Tapi hari ni nampaknya cuaca cerah. Lepas trekking sejauh 2.5km dari Kem Kor, kitorang tiba di Permatang dalam pukul 9:45AM. Penat.. penat.. trek lagi susah dari semalam... tapi layan je laah...
Berhenti sekejap, amik oksigen, pastu mula trekking balik. Next stop, Kem Kubang, 3.5km lagi... Dah berpeluh berapa baldi pun tak tau. :P. Beberapa jam dan beberapa km kemudian... kitorang reached Kem Kubang. Memandangkan dah banyak sangat amik gambar signboard, jadi kitorang pun amik keputusan untuk bergambar sekali dengan signboard
Bergambar dengan signboard
Rasanya signboard ni antara benda yang paling glamer skali kat sini, sbb dah tentu semua orang yang datang sini nak bergambar dengan dia. :P. Aduuih... kaki dah melecet.. padan muka tak pakai socks. Anyway, perjalanan diteruskan ke checkpoint seterusnya, Belumut, yang jugak merupakan hentian untuk makan tengahari -- 1.5km lagi.......... dan pada jam 12:30PM, kitorang selamat tiba di Belumut. Unpacked, masak, makan. Kitorang mula hiking balik dalam jam 1:30PM, menuju ke checkpoint seterusnya -- Bonsai, 5.5km dari Belumut. Pemandangan dari Belumut ke Bonsai dah mula bertambah lawa.... sempat jugak la snap gambar kaaannnn... :)
Bergambar jap...
Sepanjang perjalanan tu mmg tak sudah la amik gambar... nasib la battery dah nak abis.. kalau tak dah berjuta gambar dah ni.. he.. heh... 2 jam 45 minit dari Belumut, kitorang selamat sampai ke checkpoint Bonsai. Yup, dah tentu la amik gambar lagikan... rugi la tak amik. Kitorang break 10 -15 minit, dan mula hiking semula untuk ke checkpoint seterusnya - Bukit Botak...
Pemandangan dalam perjalanan ke Bukit Botak
Laluan ke Bukit Botak bercampur-campur... lumpur, selut, batu, permatang... haihhh... tapi pemandangan.... SUPERB! Wahahaha... terubat la rasa penat tu kan..kan..kan... By around 6PM, kitorang tiba kat Bukit Botak. Dan seperti biasa, bergambar dengan signboard yang sangat terkenal....
Bukit Botak...
Gunung Tahan is only 2.5km away... Jadi kitorang pun decided untuk teruskan perjalanan lepas berehat dlm 30 minit camtu... Dan.... kitorang berpeluang tengok sunset kat puncak Gunung Tahan... rezeki!!! Wuhuuu!!!!
Bukan senang nak dapat tengok sunset kat sini...
Finally, dalam pukul 7:35PM, kitorang sampai di Puncak Gunung Tahan. Just in time. Tak terlalu lewat sangat... Letih..letih... khemah tak pasang lagi... Temperature dah drop ni... Tapi... amik gambar la dulu weh.... heh... heh....

Day 3. Battery camera dah nak abis. Penat lagi. Nak balik la pulak. :D Takkan nak stay kat sini lak... he.. heh... Dengan suara ramai... kitorang decide untuk terus ke Kuala Juram dan tak stay at Kem Kor. Hiking mula jam 9:30AM dan sampai ke Belumut jam 12:30PM. Stop lunch and terus hiking lagi. We had very few stops compared dengan ascending trip, and stops pun pendek je... amik oksigen, pastu jalan. By 7:15PM kitorang tiba kat Kuala Luis, checkpoint 1. Akhirnya selamat tiba di Kuala Juram pukul 8:50PM..... Time ni, semua pun dah mmg penat tahap gaban, tapi selesa sbb dah selamat sampai... Semua orang membersihkan diri, rehat, uruskan perkara-perkara berwajib... dan tidooo...

2 comments:

arenyss said...

waaaa sir.!!meneruskan pendakian ke gunung tahan lak ekk..jap nak tanya..sir pakai kasut yang ari tu gak ke.??(masa naik gunung angsi..hehe) bile nak bawak kitorang naik gunung tahan.??hehe

farahhanani said...

salam. who is kitaorang dan suara ramai? (maksud saya, sape ikot?)

nice! sunset kat gunung tahan! jelaous habis.