"Kitorang tengah praktis dikir barat ni, nak duit tu sekarang ke?"
Jawapan dari Bendahari bila buat permohonan untuk withdraw duit untuk payment permit dan jugak tapak khemah. Padanla lambat nau angkat phone, dah tu penuh dengan bunyi-bunyian.. He.. heh... Itula diorang ni, rajin betul, semua benda pun join. Kira tahap dasat gak la. :-D.
Since diorang tengah praktis dikir barat, maka, keputusan dibuat untuk jumpa Bendahari untuk amik duit tu around 9:30PM -- patutnya dah abis la kan praktis.. Tapi, sedia maklumlah diorang ni memang hardworking, jadik masa tu lum abis lagi praktis... Bendahari walaubagaimanapun terus gak pegi amik duit, maka terpaksa la diriku ini menunggu sebuah jawapan.. Dan sesambil tu, snap sepicture dua gambar diorang praktis... :)
"Ini dua ratus hinggit..."
Lokasi:
Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Permit Mendaki Gunung Angsi:
RM5/person -- kami ada 38, maka RM5x38 = RM190
Tapak khemah:
RM10/night/lot -- kami amik 1 lot for 2 nights, RM10x2 = RM20
Tempoh Pembayaran:
1 minggu sebelum aktiviti
Bayar kepada (kitorang wat wang pos) :
Bendahari Negeri, Negeri Sembilan
Surat Menyurat:
Pegawai Hutan Daerah,
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan (Timur)
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
TEL: 06 4811 036
FAX: 06 4842 171
Wang pos dan surat kebenaran ke Pegawai Hutan Daerah dah selamat diposkan dengan pos express (Terima kasih Pos Malaysia). Untuk confirmation, semua orang boleh semak dari website pos malaysia (www.pos.com.my), Click link "Track & Trace", masukkan no siri ni: LX374175740MY
Tracing ni hanya valid untuk 10 hari dari tarikh posting ni, lepas tu pos malaysia delete (kalau ikut polisi yang tertulis la kan).
Iklan keselamatan..., walaupun ada kamera di tempat anda, anda dinasihatkan untuk memerhatikan arah tuju anda. Jangan seperti Cik Intan (bukan nama sebenar) yang terlalu asyik bergambar sampai tak perasan pintu. :-)
Ouh.. Terima kasih Nia, secretary ad-hoc untuk aktiviti for the letters, Hanum for the senarai nama confirmation, Anwar for the sponsorship of sampul pos express, Alain untuk info pasal bas -- tolong discuss aaaa..
Baik, bersiap-sedialah! Mari kita!
No comments:
Post a Comment