Tuesday, April 8, 2008

XPDC Angsi 2008 - Meeting Updates [2008-04-08]


Dah abis ke belum ni?

Sesampai je kat G8, more than 2/3 team members dah ada kat situ, disebabkan kelambatan, diorang dah pun mula dulu. Halfway dah pun, jadi semua orang decided untuk habiskan all unfinished items sebelum diriku ini masuk campur. He.. heh...
Rizal tekun menconteng whiteboard & Anwar posing untuk kamera

Maka... perbincangan pun diteruskan oleh Anwar dan Rizal. Isu yang diperbincangkan adapun merangkumi kisah perjalanan dengan bas, khemah, bbq dan jugak cost recalculation... Options untuk naik bas ada 3: (1) pegi naik bas, (2) balik naik bas (3) pegi & balik naik bas. Setelah diperkenankan oleh ahli-ahli majlis, semua pun sebulat suara untuk menjadi manja dan memilih option 3 -- pegi & balik naik bas. Kos untuk bas dah jadi RM1000/=.
Sebenarnya BBQ kitorang plan untuk group kitorang je...

Dengan bangga Alip bagi proposal team dia bila tanya pasal BBQ. Lerhh... rupanya... itu ke citer BBQ itu ari -- selfish laa Aleph... Tapi, sbb semua orang dah setuju, maka BBQ jadi part of official program. Secara sukarela juga group Alip mengambil-alih tugasan berkaitan penyediaan ayam untuk BBQ.
Budget untuk ayam kemudian diproposekan oleh Syam (AJK makanan seumur hidup) bernilai RM100/=.
Tekun dengar pembahagian tugas... ke posing je tuh?

Lepas main issue dah selesai, setiap group amik mess tin & jugak stove sebagai sebahagian dari peralatan memasak. Tabung gas CV470 belum siap refill lagi, Rabu (09/04/2008) baru siap. Jadi, kemungkinan besar akan dibahagikan ari Jumaat. Total cost untuk refill gas RM80/=, tapi sebab dah budget awal, so cost dah absorb dari collection awal ari tuh. Masa tu jugak, semua orang diingatkan untuk tengok senarai semak peralatan yang dah di email kan kepada wakil group memasing... Jangan lupa bawak lampu suluh.. kot malam kang camner nak bergerak kat campsite nantih.. :-D Jangan bawak bateri tak bawak lampu suluh, or bawak lampu suluh tak bawak bateri -- serupa tak payah bawak... He... heh...
Tahun 2005 dah expired nih...

Huk aloh... konpem takde orang penah check menda nih. Mardiana dengan senyum perlinya tunjuk expiry date Dettol antiseptic (bukan brand sebenar), kat kitorang masa dia dapat bekas First Aid lama. Nampak gayanya banyak gak kena refill baru nih... Takkan nak bawak First Aid expired lak gi sana nanti.

Jadi costing sekarang adalah camni...:
Bas: RM1000
BBQ: RM121

Dan telahpun dipersetujui untuk buat RM35/= collection per person untuk cover budget ni. Balance dari budget ni di preparekan untuk perbelanjaan luar jangkaan, just in case. Dan update terbaru berkaitan tugasan dan jugak bas:
Waktu bertolak: 1800hrs
Tugasan kumpulan:
Khemah - Group Hanumichiru
Ayam BBQ - Group Aleph
Arang BBQ - Group Azimah
Peralatan BBQ - Group Rizal
Sentri - Semua jejaka yang hero

Err...ada apa-apa lagi yang kekurangan ke kat sini? Tolong komen/tambah ek...

Ouh... BTW, 08/04/2008 tadi adalah hari lahir Mayna... Happy Besday Mayna!!!
Besday girl dengan camera lady -- Happy Birthday Mayna!

3 comments:

arenyss said...

sir tetinggal i word lagi..bukan manja jer kate alep pon "manja+getis" huhuhuhu..so aleep pon antare kitorang yg getis..hihi ;P

aleb said...

eh niza....aku ikut majoriti k...kalo kederat aku kuat..tak dan de aku nak naik bas tu....tot!!(harharhar...gelak syaiton)

aleb said...

n lg 1...apehal lak name aku j yg 'jual ikan'?....correct??